BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

KONGSI LAGI TENTANG PERBEZAAN WEB 2.0 DENGAN WEB 1.0

perbezaan
Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi ciri-ciri ’apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’ (WYSIWYG – What You See Is What You Get). Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

0 comments: