BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

KONGSI LAGI TENTANG PERBEZAAN WEB 2.0 DENGAN WEB 1.0

perbezaan
Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut. Di samping itu, web 2.0 juga bersifat mesra pengguna kerana ia memudahkan sesiapa sahaja menggunakannya ekoran ia mengandungi ciri-ciri ’apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat’ (WYSIWYG – What You See Is What You Get). Sebenarnya nama web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana (generating), menggunakan semula kandungan dan sebagainya.

KONGSI TENTANG KEBURUKAN WEB 2.0

KEKURANGAN WEB 2.0
1. Kekurangan yang terdapat pada web 2.0 ialah kerana sifat terbukaanya

2. Kebanyakan daripada kita terlalu bergantung kepada internet semata-mata sehingga mengabaikan sumber ilmiah yang lain. Sebagai contoh internet yang terputus menyebabkan pengguna tidak berusaha alternative yang lain.

kongsi tentanf kelebihan web 2.0

KELEBIHAN WEB 2.0
1.Web 2.0 memudahkan pengkontrolan unik untuk menjadikan konten web 2.0 semakin kaya sering bertambahnya jumlah pengguna, jika dahulu pengguna website menjadi pembaca dengan konsep 2.0 pengguna dapat membaca dan menulis hal ini lebih sesuai sebagai dari rakyat untuk rakyat.
2. dapat memanfaatkan kepandaian secara kolektif, aktiviti yang dilakukan oleh pengguna membuat website berkembang secara organic seperti artikel-artikel yang terus bertambah rangkaiannya.

kongsi lagi tentang ciri-ciri web 2.0

CIRI-CIRI WEB 2.0
Antara yang dapat berkongsi tentang web 2.0 seperti yeng telah diketahui antaranya terdapat tujuh berdasarkan daripada sumber yang diperoleh:
 Wen 2.0 sebagai platform dimana menjadikan web 2.0 sebagai tempat berkerja walau dimana berada kita berada. Seperti contoh dengan membuka browser, kita dapat mengerjaka kita seperti menyiapkan dokumen tentang keewangan serta merancang prestasi dengan melalui aplikasi-aplikasi yang telah disediakan dan dapat menjalankan secara langsung dengan internet wen 2.0.
 Dapat berkongsi pengetahuan dengan semua pengguna internet seta tidak hanya terhad kepada satu –satu kelompak sahaja.
 Web 2.0 juga mendapat kepercayaan daripada pengguna browser, hal ini demikian bahawa setiap yang ada pada rangkaian internet digunakan oleh pengguna untuk memuat turun, mengaplikasikan jaringan tanpa memikirkan masalah yang dihadapi, sebagia contoh pengguna mencari sesuatu bahan hanya mengklik secara automatik bahan yang dicari dapat dijumpai tanpa banyak kerenah birokrasi.
 Yang seterusnya pula ialah web 2.0 tidak perlu diinstalkan mahupun mendapatkan software. Keadaan ini memudahkan pengguna, cepat dan bagus untuk digunakan.
 Rangkaian RSS yang ada pada web 2.0 juga memudahkan pengguna.
 Penggunaan web 2.0 tidak terbatas penggunaan berbanding dengan penggunan rangkaian internet yang dahulu.
 Gabungan HTML, CSS,JAVASCRIPT, dan XXL sama ada pada yahoo!mail Beta mahupun Gmail, memudahkan pengguna merasakan bahawa web 2.0 mengalami banyak perubahan yang mantap.

Rujukan.www.web 2.0.com.my

kongsi lagi tentang web 2.0

DEFINISI DAN KONSEP 2.0
Web 2.0 sudah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang gemarkan ICT, hal ini berlaku sejak tahun 2004 dimana penggunaan web 2.0 kurang digunakan sebaliknya maksud yang sering kali digunakan ialah web tahap dua dari perkembangan web yang telah ada pada saat ini, walaubagaimapun wujud kekhuatiran terhadap kesesuain yang ada pada browser yang dimiliki penguna. Selain daripada itu juga, web 2.0 lebih menekankan kepada cara berfikir dimana menyediakan perisian yang dam penampilan yang menarik dalam sesebuah website, sebahagian besar website tersebut diadaptasikan daripada gabungan dan teknologi web yang ada pada saat ini.
Disini dapat melihat bahawa definisi mengenai web 2.0 belum lagi sepenuhnya dapat diketahui oleh pengguna sebaliknya ramai yang berminat dengan penggunaan web 2.0, hal ini demikian berlaku kerana penggunaan web 2.0 sangat sesuai untuk lapisan masyarakat. Antara yang sering menjadi kegunaan masyarakat tentang web 2.0 seperti social network atau jalinan social seperti facebook, friendster, myspace, blog, dan sebagainya seperti mana yang kita lihat apa yang berlaku pada hari ini. Sebagainya yang terdapat pada blog, penggunaan RSS juga merupakan salah satu daripada WEB 2.0, hal ini demikian kerana penggunaan RSS pada blog dapat memudahkan pengguna menggunakan informasi-informasi yang ada pada facebook, friendster, myspace dan blog. Dengan adanya RSS pengguna ataupun blogger dapat mengadaptasikan dan berkongsi dengan pengguna tentang apa yang cuba disampaikan.

Ada yang berpendapat bahawa Web 2.0 merupakan rangkaian yang berjalan merentasi internet tanpa memerlukan sebarang pembayaran untuk mengaplikasikannya. Dengan bantuan daripada browser dan tidak perlu diinstalkan untuk mendapatkannya.






Check out some sweetTwitter Backgrounds

MySpaceLayouts