BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

RENUNGAN BERSAMA.....

firman ALLAH SWT dalam surah al-Asr ayat 1-3,Demi masa! sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Sabda Rasullulah SAW' daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, salama kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaiatu Kitab ALLAH swt( (al-quran) dan sunnah Rasul-Nya.Dua perkara yang penting dalam firman ALLAH swt dan Rasullulah Saw berkenaan seolah-olah tidak lagi menjadi pegangan dan panduan umat manusia pada hari ini.

Akibatnya, semakin ramai umat islam terbuai dengan kehidupan duniawi daripada akhirawi, apabila melihat hal ini berlaku maka berlakulah bencana alam yang dasyat, ini sebagai peringatan kepada yang terlalai, jika dilihat kepada negara yang miskin dan menderita..namun keimanan dan ketaqwaan mereka kepada ALLAH SWT tidak pernah terjejas sebaliknya makin kuat keimanan mereka.

Marilah kita sama-sama renungkan....salam ukhuwah, salam 1 malaysia..sekian

WEB 2.0......

Pengenalan tentang laman internat pada zaman sekarang dan dahulu

Sebelum kita membincangkan Web 2.0, mari kita lihat kegunaan internet pada masa lalu, iaitu 5-10 tahun yang lalu.. Melayari internet pada tahun 1990an dulu bermaksud menaip URL sesebuah website dan terus klik ENTER untuk ke website tersebut. Ataupun mencari sesuatu topik melalui enjin carian dan kemudian klik pada link yang dipapar. Anda akan terus dibawa pada website berkenaan di mana anda akan membaca maklumat yang dipapar dan memilih sama ada untuk klik ke link lain atau membeli apa yang dipromosikan ataupun sekadar membaca artikel sahaja dan terus tutup browser bila selesai.

ciri-ciri pada Web 2.0 dan perbezaannya dengan Web 10

1.) Mengandungi aplikasi web yang mempunyai ciri-ciri dan berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak memerlukan install software pada PC. Contoh seperti aplikasi javascript, java applets, php dan yang sebagainya. Sekiranya membuka apa-apa website seperti YouTube, iTunes dan sebagainya, kita dapat melihat aplikasi tersebut berfungsi secara real-time.

2.) User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberi pandangan, komen, menulis artikel dan sebagaimana seperti yang ada pada blog, forum, Facebook, Friendster, MySpace, Squidoo dan sebagainya. Jika dalam web 1.0, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, GoogleVideo dan sebagainya.

3.) Membolehkan pengguna berkait antara satu sama lain. Platform yang boleh digunakan termasuklah MyBlogLog, untuk blogs, atau add-a-friend seperti pada Facebook, Friendster atau MySpace. Berbeza dengan link biasa, pengkaitan adalah interactive dan dalam contoh MyBlogLog, membolehkan pengguna mengisi maklumat peribadi dan melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain. Ini berbeza dengan web 1.0 dimana pengguna hanya dapat melihat dan membaca sahaja artikel yang dipaparkan.

4.) Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog. Boleh memberi instant maklumat kepada pengunjung bila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari kalau-kalau pemilik site tersebut ada menulis artikel baru. ;)

5.) Penggunaan skrip Open Source (OS), sama ada secara keseluruhannya atau separa-OS. Skrip pada wordpress.org, wiki, mozilla, sourceforge dan sebagainya.

6.) Penggunaan Folksonomy seperti tagging, tag clouds dan sebagainya untuk memberi kategori kepada webpage, links dan photos.

7.) User-friendly interface. Tidak seperti web 1.0 yang selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Tengoklah Facebook– nak bina Facebook site begitu mudah untuk beginner!

8.) Clean layout. Easy navigation. Tidak complicated.

Berikut adalah contoh aplikasi dan konsep yang banyak dikenal dalam awal internet kedua atau Web 2.0:

  1. Blog
    Blog adalah aplikasi web yang memudahkan seseorang untuk mempublish berita, idea, cerita, pendapat, dan tulisan-tulisan di internet agar dapat dibaca kembali oleh orang lain ataupun untuk peribadi. Dengan blog seseorang boleh meluahkan fikirannya kedalam suatu web aplikasi iaitu blog dan dapat diakses di saja melalui internet kerana blog merupakan website dengan bentuk khusus untuk memudahkan menulis konten. Untuk mengakses blog sama ada secara dengan mengakses website yang lain iaitu menggunakan browser seperti Internet Explorer, Firefox, dan lain-lain.

  1. Berikut adalah contoh kegunaan blog bagi pengguna internet:
    • Menggunakan blog untuk menulis perkembangan perusahaannya sama ada berita, majlis, atau review produk terbaru. Dengan adanya blog dapat mengikuti perkembangan sesuatu perkara yang disiarkan.
    • Program menggunakan blog untuk menuliskan teknik. Blog ini bukan sekadar menyediakan pengetahuan tetapi dapat juga mencatat info atau ilmu yang baru ditemukan dan mampu dijadikan referensi oleh pengguna bila mempunyai masa yang sesuai. Sebagai contoh bloger menulis tentang sesuatu perkara secara tidak langsung pengikut blog dapat membaca apa yang cuba disampaikan oleh bloger. Kegunaan blog seperti ini juga sama dengan yang lain seperti arkitek, doktor, dan profesion lain.
    • Penulis menggunakan blog untuk mencurahkan idea, cerita, dan karya mahupun tulisan yang kemudian di publish di internet untuk dibaca oleh pengguna internet lain ataupun hanya sekadar disimpan untuk peribadi.

dulu lain, sekarang lain......

dahulu kita selalu dinasihatkan oleh kedua ibu bapa kita dimana apabila berada di sekolah, hormati guru, sayangi guru, dan sebagainya...masih kita ingat, bermulanya alam persekolahan di peringkat sekolah rendah tangisan kita akan kedengaran sebaik ibu mahupun bapa melangkah keluar dari pintu utama pagar sekolah...dan disini ibu mahupun bapa akan memberitahu kepada guru supaya melakukan sesuatu sekiranya kita melakukan kesalahan....kuasa veto yang ada pada ibu bapa digunakan sebaik mungkin oleh guru..dengan tunjuk ajar yang berkesan daripada guru semasa sekolah lahirlah kita sebagai warga yang mempunyai insaniah yang berkualiti..pernah terdengar ungkapan daripada ibu bapa kita sewaktu dahulu " cikgu, kalau anak saya melakukan kesalahan, hukumlah dia dengan seadilnya........."betul bukan? namun, detik ini, saat in,minit ini, jam ini, minggu ini......segalanya-galanya sudah terbalik, tiada lagi ungkapan" cikgu, kalau anak saya melakukan kesalahan, hukumlah dia dengan seadilnya" ......sebaliknya hari ini kita membaca coretan wartawan pada naskah terpenting sebagai wadah penyampai maklumat tiada lagi ungkapan sedemikian, sebaliknya..guru-guru yang melakukan sesuatu terhadap pelajarnya, tak lain dan tak bukan ibu-bapa orang yang pertama menjejakkan kaki di bilik guru untuk mendapatkan guru yang melakukan sesuatu terhadap anak mereka.........dan, bermulalah peperangan antara dua pihak...saya memetik daripada surat khabar bertarikh 21 Januari 2010, bersamaan hari khamis..."IBU PELAJAR TAMPAR GURU", hal ini berlaku rentetan daripada guru tersebut menampar pelajar kerana membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain, disebabkan hal ini ibu pelajar tersebut tidak berpuas hati dan menampar guru tersebut...hal ini dibawa ke pihak yang berwajib....

dimanakah hilangnya perasaan mulia ibu bapa terhadapa guru?seperti zaman dahulu..segala-galanya hilang sedikit demi sedikit ibarat kertas yang ditiup angin..ALLAHUALAM.....

sama - sama kita renungkan...

Tuesday, January 26, 2010

Realiti satu kehidupan.....

sering kita kedengaran tentang ibu -bapa yang tidak sanggup berjauhan dengan anak-anak walaupun mereka meyedari satu hari keadaan seperti itu akan berlaku, namun pada hari ini terbukti dengan kenyataan daripada surat khabar bertarikh13 januari 2010, seorang anak sanggup membuang ayahnya bersama-sama dengan bungkusan pakaian gara-gara mengikut cakap isteri. keadaan seperti biasa kita selalu mendengar kucing dibuang di jalanan tetapi hakikat pada hari ini manusia ditimpa nasib yang sama dengan kucing...dimanakah hilangnya harga diri??patutkah seorang anak yang dibesarkan oleh ayah kandung sejak kecil hingga besar mendapat balasan sedemikian rupa?semestinya tidak patut sama sekali renung-renungkanlah.....

assalamualaikum....

assalamualaikum....salam ukhuwah kepada rakan-rakan kelas mts 1022. semoga perjalanan kita diberkati ALLAH swt...