BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 9, 2010

kongsi lagi tentang web 2.0

DEFINISI DAN KONSEP 2.0
Web 2.0 sudah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang gemarkan ICT, hal ini berlaku sejak tahun 2004 dimana penggunaan web 2.0 kurang digunakan sebaliknya maksud yang sering kali digunakan ialah web tahap dua dari perkembangan web yang telah ada pada saat ini, walaubagaimapun wujud kekhuatiran terhadap kesesuain yang ada pada browser yang dimiliki penguna. Selain daripada itu juga, web 2.0 lebih menekankan kepada cara berfikir dimana menyediakan perisian yang dam penampilan yang menarik dalam sesebuah website, sebahagian besar website tersebut diadaptasikan daripada gabungan dan teknologi web yang ada pada saat ini.
Disini dapat melihat bahawa definisi mengenai web 2.0 belum lagi sepenuhnya dapat diketahui oleh pengguna sebaliknya ramai yang berminat dengan penggunaan web 2.0, hal ini demikian berlaku kerana penggunaan web 2.0 sangat sesuai untuk lapisan masyarakat. Antara yang sering menjadi kegunaan masyarakat tentang web 2.0 seperti social network atau jalinan social seperti facebook, friendster, myspace, blog, dan sebagainya seperti mana yang kita lihat apa yang berlaku pada hari ini. Sebagainya yang terdapat pada blog, penggunaan RSS juga merupakan salah satu daripada WEB 2.0, hal ini demikian kerana penggunaan RSS pada blog dapat memudahkan pengguna menggunakan informasi-informasi yang ada pada facebook, friendster, myspace dan blog. Dengan adanya RSS pengguna ataupun blogger dapat mengadaptasikan dan berkongsi dengan pengguna tentang apa yang cuba disampaikan.

Ada yang berpendapat bahawa Web 2.0 merupakan rangkaian yang berjalan merentasi internet tanpa memerlukan sebarang pembayaran untuk mengaplikasikannya. Dengan bantuan daripada browser dan tidak perlu diinstalkan untuk mendapatkannya.

0 comments: