BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

PENDIDIKAN..SATU PERMULAAN....

Kepimpinan pendidikan
Apakah yang menjadikan seseorang pemimpin itu efektif? Kebanyakan orang, apabila ditanya soalan ini, barangkali akan menjawab bahawa para pemimpin yang efektif mempunyai sifat-sifat atau kualiti—kualiti tertentu
yang diperlukan—sebagai misalan, karisma, pandangan jauh, keyakinan, dan kehebatan. Sesungguhnya, apabila kita mengenangkan para pemimpin yang mengagumkan seperti Napoleon, Washington, Lincoln, Roosevelt, dan Churchill, kita mengakui bahawa sifat-sifat itu adalah bakat semula jadi mereka dan amat diperlukan bagi apa yang mereka lakukan. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang akan kita lihat, ratusan kajian terhadap para pemimpin dan kepimpinan— setengah-setengahnya berbalik kepada abad yang kesembilan belas—gagal menunjukkan bahawa terdapatnya sebarang sifat atau kualiti yang secara tekal berkait dengan kepimpinan yang efektif.1

Sungguhpun penyelidikan belum lagi dapat menghasilkan suatu set sifat yang dipunyai oleh para pemimpin yang efektif, namun sesuatu yang jelas ialah bahawa para pemimpin memainkan peranan yang kritis dalam membantu kumpulan, organisasi, atau pertubuhan mencapai matlamat-matlamatnya. Sebagai misalan, pada dasarnya adalah diterima umum bahawa England mungkin tertewas dalam Perang Dunia Kedua sekiranya Neville Chamberlain terus memegang jawatan Perdana Menteri. Sebaliknya, pimpinan Winton Churchill yang gigih dan penuh bersemangat barangkali berjaya menyelamatkan Enggan dan mungkin juga dunia pada keseluruhannya. Para pengurus sememangnya jarang diminta menjadi pemimpin mengikut contoh kepahlawanan yang berlaku ke atas tokoh seperti Churchill atau Lincoln. Namun demikian, kebolehan dan kemahiran memimpin dalam melaksanakan aktiviti pengarahan adalah faktor—faktor penting yang mengukur keberkesanan para pengurus. Banyak organisasi perniagaan yang menghadapi kemerosotan telah mendapat semangat baru apabila presidennya digantikan. Sekiranya kita dapat mengenal pasti kualiti—kualiti yang dikaitkan dengan kepimpinan, maka keupayaan kita untuk memilih para pemimpin yang efektif akan bertambah. Sekiranya kita dapat pula mengenal pasti perilaku dan teknik kepimpinan yang efektif, maka kita sudah tentulah berupaya mempelajari dan mengajar perilaku dan teknik itu—dengan demikian meningkatkan keberkesanan peribadi dan organisasi kita.

0 comments: