BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

dulu lain, sekarang lain......

dahulu kita selalu dinasihatkan oleh kedua ibu bapa kita dimana apabila berada di sekolah, hormati guru, sayangi guru, dan sebagainya...masih kita ingat, bermulanya alam persekolahan di peringkat sekolah rendah tangisan kita akan kedengaran sebaik ibu mahupun bapa melangkah keluar dari pintu utama pagar sekolah...dan disini ibu mahupun bapa akan memberitahu kepada guru supaya melakukan sesuatu sekiranya kita melakukan kesalahan....kuasa veto yang ada pada ibu bapa digunakan sebaik mungkin oleh guru..dengan tunjuk ajar yang berkesan daripada guru semasa sekolah lahirlah kita sebagai warga yang mempunyai insaniah yang berkualiti..pernah terdengar ungkapan daripada ibu bapa kita sewaktu dahulu " cikgu, kalau anak saya melakukan kesalahan, hukumlah dia dengan seadilnya........."betul bukan? namun, detik ini, saat in,minit ini, jam ini, minggu ini......segalanya-galanya sudah terbalik, tiada lagi ungkapan" cikgu, kalau anak saya melakukan kesalahan, hukumlah dia dengan seadilnya" ......sebaliknya hari ini kita membaca coretan wartawan pada naskah terpenting sebagai wadah penyampai maklumat tiada lagi ungkapan sedemikian, sebaliknya..guru-guru yang melakukan sesuatu terhadap pelajarnya, tak lain dan tak bukan ibu-bapa orang yang pertama menjejakkan kaki di bilik guru untuk mendapatkan guru yang melakukan sesuatu terhadap anak mereka.........dan, bermulalah peperangan antara dua pihak...saya memetik daripada surat khabar bertarikh 21 Januari 2010, bersamaan hari khamis..."IBU PELAJAR TAMPAR GURU", hal ini berlaku rentetan daripada guru tersebut menampar pelajar kerana membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain, disebabkan hal ini ibu pelajar tersebut tidak berpuas hati dan menampar guru tersebut...hal ini dibawa ke pihak yang berwajib....

dimanakah hilangnya perasaan mulia ibu bapa terhadapa guru?seperti zaman dahulu..segala-galanya hilang sedikit demi sedikit ibarat kertas yang ditiup angin..ALLAHUALAM.....

sama - sama kita renungkan...

0 comments: