BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

SIKAP PENDIDIK..

Ciri-ciri Kepimpinan
Mengapakah para subordinat menerima arahan daripada seseorang pengurus? Apakah sumber-sumber kuasa dan pengaruh seseorang pemimpin? Kita telah menjawab sebahagian soalan ini dalam lima asas kuasa seseorang pengurus: kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa sah, kuasa rujukan, dan kuasa pakar. 3Lebih banyak jumlah sumber kuasa ini yang boleh di-dapati oleh pengurus, maka lebih besarlah peluangnya untuk menjadi pimpinan yang berkesan. Sebagai misalan, suatu hakikat umum mengenai kehidupan organisasi yang diberhentikan ialah bahawa para pengurus di tingkat yang sama dalam hierarki organisasi mungkin amat berbeza di segi kebolehan mereka untuk mempengaruhi, mendorong, dan mengarah kerja para subordinat masing-masing. Sungguhpun para pengurus di tingkat yang sama mungkin mempunyai kuasa sah yang serupa, namun mereka tidaklah sama dari segi menjalankan kuasa ganjaran, paksaan, rujukan, atau pakar.

Dalam bab ini, kita akan cuba memperluaskan lagi pemahaman kita tentang keberkesanan pemimpin dengan membincangkan tiga pendekatan utama terhadap kajian kepimpinan. Pendekatan yang pertama melihat kepimpinan sebagai terlahir dari suatu gabungan sifat-sifat. Pendekatan yang kedua mencuba untuk mengenal pasti perilaku-perilaku perorangan yang dikaitkan dengan kepimpinan yang efektif. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai persamaan iaitu kedua-duanya mengandaikan bahawa individu-individu yang mempunyai sifat-sifat atau perilaku-perilaku yang bersesuaian akan muncul sebagai pemimpin dalam apa pun situasi kumpulan di mana mereka berada.

Pemikiran dan penyelidikan semasa lebih condong ke arah pendekatan yang ketiga, iaitu perspektif situasi tentang kepimpinan. Perspektif ini mengandaikan bahawa keadaan-keadaan yang menentukan keberkesanan pemimpin berbeza mengikut situasi—tugas-tugas yang akan disempurnakan, kemahiran dan jangkaan para subordinat, persekitaran organisasi, pengalaman—pengalaman lalu pemimpin dan para subordinat, dan seterusnya. Seseorang individu yang merupakan pemimpin yang efektif dalam satu situasi mungkin berprestasi paling buruk dalam satu situasi yang lain. Perspektif ini telah melahirkan pendekatan¬pendekatan luar jangka terhadap kepimpinan, yang mencuba menetapkan faktor¬~ faktor situasi yang menentukan bagaimana efektifnya nanti sesuatu gaya itu. Kita akan meneliti sumbangan kesemua pendekatan ini.

0 comments: